Thursday, February 3, 2011

Kek Coklat Moist

Kek coklat moist ni banyak sangat resepi yang ada. Ikut selera, bahan-bahan yang ada kat rumah dan budget yang kita ada. Boleh gitu? hehehe.. ni kek coklat fav saya. Sila cuba dan bagi feed back.

Bahan-bahan
1 cwn minyak masak
1 1/2 cwn gula (kemudian kisar halus)
2 cwn tepung gandum
1 cawan air panas
1 cwan susu manis
3 biji telur
1 cwn serbuk koko
1 st baking powder
1 st bikarbonat soda
1 st esen vanila

Cara-cara
1. Pukul telur sehingga kembang dan masukkan gula sedikit-sedikit dan esen vanila
2. Masukkan minyak dan susu. Pukul lagi
3. Ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder dan bikarbonat.
4. Masukkan bahan ayak ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan satu kan.
5. Masukkan air panas dan sebatikan adunan
6. Masukkan ke dalam loyang (9")
7.Bakar selama lebih kurang 45 minit suhu 175-180 c
8. Atau boleh dikukus selama 1 jam

No comments:

Post a Comment